22.4.2013 Saringan LINUS Lisan Dan Bertulis 2.0 Tahun 1,2 dan 3


Kepada: Ibu Bapa Murid Tahun 1,2 dan 3

Sekolah akan mengadakan Saringan LINUS Lisan dan Bertulis 2.0 Tahun 1,2 dan 3 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik mulai 22.4.2013 (Isnin) hingga 30.4.2013 (Selasa). Mengadakan Saringan LINUS 2.0 tersebut adalah ditentukan oleh Jabatan Pelajaran. Tujuan Saringan ini untuk Tahun 1,2 dan 3 adalah seperti berikut:

a) Menguasai kemahiran membaca dan menulis
b) Menguasai kemahiran mengira

2.   Memandangkan kepentingan Saringan Khas tersebut pihak sekolah harap ibu bapa memastikan anak tuan hadir pada tempoh tersebut untuk menjayakan Saringan LINUS 2.0 tersebut.

Sekian, terima kasih.

12.3.2013 Saringan LINUS Lisan Dan Bertulis 2.0 Tahun 1,2 dan 3

Kepada: Ibu Bapa Murid Tahun 1,2 dan 3

Sekolah akan mengadakan Saringan LINUS Lisan dan Bertulis 2.0 Tahun 1,2 dan 3 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik mulai 12.3.2013 (Selasa) hingga 19.3.2013 (Selasa). Mengadakan Saringan LINUS 2.0 tersebut adalah ditentukan oleh Jabatan Pelajaran. Tujuan Saringan ini untuk Tahun 1,2 dan 3 adalah seperti berikut:

a) Menguasai kemahiran membaca dan menulis
b) Menguasai kemahiran mengira

2.   Memandangkan kepentingan Saringan Khas tersebut pihak sekolah harap ibu bapa memastikan anak tuan hadir hari tersebut untuk menjayakan Saringan LINUS 2.0 tersebut.

Sekian, terima kasih.

27.2.2013 Pertandingan Olahraga (MSSD) Kelompok 6



Tan Kai Shuian, Kee Sheng Hong, Len Chee Hock, Ng Chee Yi, Khuat Hui Yi, Kor Ting Wei, Lim Mei Ying, Kee Hui Xian, Kee Zhi Zhong, Low Pui Ling, Tee Jia Qi dan Harish mewakili sekolah menyertai pertandingan olahraga (MSSD) kelompok 6 di SK Simpang Empat.

Keputusan: 
Lompat Jauh Lelaki Umur 11 tahun
Tempat Ketiga - Tan Kai Shuian (Tahun 5) 

Lontar Peluru Perempuan Umur bawah 10 tahun
Tempat Ketiga - Kee Hui Xian (Tahun 4)

4X200m Perempuan 
Tempat Ketiga - Lim Mei Ying (Tahun 6), Kor Ting Wei (Tahun 6), Kee Hui Xian (Tahun 4), Tee Jia Qi (Tahun 4)